SULIT
LEMBAGA PEPERIKSAAN
|
|
|
SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2013
|
1249/3
|
SEJARAH
|
|
Kertas 3
Tema Umum
Oktober
|
1. Kertas soalan ini mengandungi satu Tema Umum.
2. Calon dikehendaki membaca dan meneliti Tema Umum tersebut dan membuat persediaan
awal sebelum hari peperiksaan.
3. Kertas soalan ini mestilah diberikan kepada calon enam minggu sebelum tarikh peperiksaan.
Kertas soalan ini mengandungi 2 halaman
bercetak.
[Lihat halaman sebelah
1249/3 © 2013 Hak Cipta Kerajaan Malaysia
SULIT
SULIT
2 1249/3
ARAHAN KEPADA GURU
1. Guru hendaklah memastikan tema umum diberikan kepada calon enam minggu sebelum
tarikh peperiksaan.
2. Guru hendaklah menerangkan kepada calon
tentang tema umum supaya calon
membuat persediaan untuk menjawab
soalan bagi tugasan spesifik dalam Sejarah 1249/3 yang
akan diberikan pada hari peperiksaan.
3. Guru dibenarkan untuk membimbing calon dalam penyediaan dan pemilihan bahan rujukan
sebelum hari peperiksaan.
4. Guru hendaklah
menasihati calon memilih bahan rujukan yang sesuai, mengenal pasti kedudukan setiap maklumat di dalam sumber supaya tidak membuang masa untuk mencari
maklumat pada hari peperiksaan.
5. Guru hendaklah menasihati calon agar membuat salinan sumber maklumat berkaitan yang diperoleh daripada
buku ilmiah, majalah
dan surat khabar
untuk menjimatkan ruang di
atas meja pada hari peperiksaan.
ARAHAN KEPADA CALON
1. Calon dikehendaki membaca dan meneliti
tema umum dan membuat persediaan
awal sebelum hari peperiksaan.
2. Calon boleh berbincang dengan guru dan rakan-rakan untuk mendapat dan mengumpulkan
maklumat berkaitan.
3. Calon boleh membuat rujukan
daripada pelbagai sumber yang berkaitan
dengan tema umum yang diberi sebagai
persediaan menjawab soalan bagi
tugasan spesifik dalam Sejarah 1249/3.
4. Calon boleh mendapatkan sumber maklumat daripada
buku teks, bahan bacaan ilmiah, akhbar, internet dan bahan-bahan yang berkaitan.
5. Calon dibenarkan
membawa masuk dokumen seperti buku teks, bahan bacaan ilmiah, nota bertulis atau bahan
fotostat dan bahan
bercetak ke dalam
dewan/bilik peperiksaan.
6. Calon tidak
dibenarkan sama sekali membawa alat atau peranti
elektronik ke dalam dewan/bilik peperiksaan.
|
TEMA UMUM: Malaysia dan
Kerjasama Antarabangsa
|
||
Sejak
mencapai kemerdekaan Malaysia telah menyertai dan bergerak aktif dalam
pertubuhan serantau.
|
||
KERTAS SOALAN TAMAT
1249/3 © 2013 Hak Cipta Kerajaan Malaysia
SULIT
No comments:
Post a Comment