<< SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI SMK SG BESAR , 45300 SUNGAI BESAR SELANGOR >>

Thursday 18 July 2013

Ramadhan: Pemula Langkah Untuk Berubah

Setiap kali tibanya Ramadhan, kita akan melihat senario yang biasa di masjid-masjid, surau-surau dan madrasah-madrasah akan penuh dikunjungi, suatu rutin yang jarang kita temui di lain-lain bulan.

 Semuanya akan berpusu-pusu mengejar jaminan Allah yang akan memberikan ganjaran berlipat kali ganda dalam bulan yang mulia ini.

Orang yang tidak solat sebelum ini, setibanya bulan Ramadhan, mereka akan bersolat, orang yang tidak menutup aurat pula akan menutup aurat.

 Orang yang mengumpat akan berhenti mengumpat dan segala macam maksiat akan semakin berkurang.

 Bulan ini hanya ada 29 Hari, Allah menawarkan pelbagai kelebihan di bulan ini, perbanyakkanlah solat sunat, baca Al-quran dan bersedekah dan amalan-amalan lain.

Insyallah, semoga bulan yang mulia ini menjadi pemula langkah bagi kita untuk berubah dan seterusnya akan terus istiqamah untuk diri kita yang sentiasa lalai.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
S Pink Premium Pointer